Wednesday, March 11, 2009

Monday, March 2, 2009

Please Help Me....I'm Falling In Love with You!

Please help me, I抦 falling
In love with you
Close the door to temptation
Don抰 let me walk through
Turn away from me, darling
I抦 begging you to
Please help me, I抦 falling
In love with you
I belong to another
Whose arms have grown cold
But I promised forever
To have and to hold
I can never be free, dear
But when I抦 with you
I know that I抦 losing
The will to be true

Please help me, I抦 falling
And that would be sin
Close the door to temptation
Don抰 let me walk in
For I mustn抰 want you
But, darling, I do
Please help me, I抦 falling
In love with you

For U 2 C...Align Center

Sunday, March 1, 2009

~bil~


Dia kawan baik sy...
Sy syg die...
Ibarat bil air dan bil eletrik umah sy!

syg ko ~bil~

~One Day I Wrote Her Name Upon The Strand~

One day I wrote her name upon the strand,
But came the waves and washed it away:
Again I wrote it with a second hand,
But came the tide, and made my pains his prey.
Vain man, said she, that dost in vain assay
A mortal thing so to immortalize!
For I myself shall like to this decay,
And eek my name be wiped out likewise.
Not so (quoth I), let baser things devise
To die in dust, but you shall live by fame:
My verse your virtues rare shall eternize,
And in the heavens write your glorious name;
Where, whenas death shall all the world subdue,
Our love shall live, and later life renew.

Thursday, February 26, 2009

New Album!Dato' Siti Nurhaliza....



Akhirnya penantian peminat yang menyukai lagu-lagu berentak tradisional terubat jua dengan kemunculan album terbaru Dato' Siti Nurhaliza bertajuk Lantera Timur.

Album yang berkonsepkan etnik kontemporari ini sememangnya buah tangan terbaru dari Siti buat peminatnya yang menyukai Siti mendendangkan lagu berirama sebegini. Sudah tentu, Lantera Timur merupakan album yang amat bermakna buat isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) ini selepas kali terakhir menghasilkan album tradisional Sanggar Mustika.

Berdasarkan album sebelum ini, anak kelahiran Kuala Lipis ini sering menggunakan bahasa yang mendalam dan kali ini Lantera Timur menjadi pilihan berdasarkan maksudnya iaitu lampu atau cahaya Timur (Eastern Lantern).

"Melalui album ini, Siti mahu mengangkat budaya bangsa kita supaya terus berpaksikan kepada cahaya Timur. Siti harap album ini dapat mengubat kerinduan peminat yang mahukan Siti nyanyikan lagu tradisi.

"Yang paling istimewa, ada 9 lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP di Port Dickson pada Januari 2008 yang disertai ramai komposer dan penulis lirik tanah air. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh singkat iaitu kira-kira 3 hari saja," kata Siti.

Tambah menarik, 2 buah lagu lagi adalah hasil kreatif Katon Bagaskara serta ikon komposer lagu etnik, Pak Ngah Suhaimi.

Jangan ketinggalan mendengarkan lagu-lagu dalam album ini seperti Di Kayangan Kita (Johari Teh/ Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/ Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara), Ada Masa Mata (M.Nasir/ Ad Samad), Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/ Zubir Ali) dan Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/ Azam Dungun).

Juga ada lagu Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/ Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/ Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/ Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/ Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

"Siti berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua penerbit. Tak kiralah yang terlibat secara langsung atau tidak. Siti amat berharap agar lagu dalam album ini dapat menyemarakkan kegemilangan lagu-lagu tradisional.

"Bagi Siti, kualiti adalah faktor utama dalam semua aspek penerbitan album ini termasuklah penggunaan live strings bagi kebanyakan lagu," jelas Siti.

Menurut Siti lagi, walaupun lagu-lagu dalam album ini berirama tradisi, susunan muzik dibuat mengikut citarasa masa kini. Siti turut berpendapat dengan mengetengahkan konsep sebegini, ia boleh menjadi daya penarik untuk anak-anak muda agar terus mencintai lagu-lagu Melayu.

Album ini diterbitkan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan diedarkan oleh Suria Records (SRC) dalam bentuk cakera padat (CD). Ia sudah mula berada di pasaran pada penghujung Disember 2008. Apa yang menarik, inlay dalam album ini menonjolkan Siti dalam pelbagai busana, headgear (hiasan kepala) dan selendang.

Dengan imaginasi Siti dan pereka gayanya, penyanyi itu kelihatan seperti Cher, Sarah Brightman dan Permaisuri Sahara dalam hikayat silam.

Selebriti Hari Ini....S,C,H,A dan sebutannya Sha!!



"Panggil saya Sha. Ejaannya S,C,H,A dan sebutannya Sha," kata Juara Dewi Remaja 2006, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya selepas penulis tersilap memanggil namanya.

Jika melihat wajah dan perwatakannya, ramai beranggapan Scha berusia belasan tahun. Perangai kebudak-budakannya itu membuatkan penulis sendiri tertipu. Dia yang dilahirkan di Sungai Petani, Kedah kini menjangkau usia 25 tahun pada 30 Mei 2008 lalu.

Walaupun namanya masih asing di kalangan peminat tetapi Scha kini berdikit-dikit menimba pengalaman dan berusaha meletakkan namanya sebaris dengan pelakon ternama. Selepas tayangan drama bersiri lakonannya sebagai Sofia, Bella, ia benar-benar membawa Scha berjinak-jinak dalam industri hiburan di Malaysia.

Rupanya yang cantik dan peramah memudahkan bekas pramugari ini dipancing oleh pengarah drama, filem dan iklan komersial. Tidak sampai setahun jagung, Secha kemudian diterima berlakon dalam filem Antoofighter, Histeria serta Papadom yang akan ditayangkan tidak lama nanti.


Tidak mustahil juga bekas pelajar kolej PTPL yang comel ini diterima berlakon kerana dia pernah mempunyai pengalaman menjadi model jenama terkemuka seperti Hotlink, Nokia, Olay serta Ikea.


Biodata

Nama: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
Nama Komersial: Scha Al-Yahya
Usia: 25 tahun
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah
Tinggi: 5 kaki 7 inci
Berat: 50 kg
Iklan: Hotlink, Nokia, Olay
Filem: Antoofighter, Histeria, Papadom
Drama: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella
Muzik kegemaran: Yang rancak
Minuman kegemaran: Jus Tembikai
Warna pilihan: Putih
Artis kegemaran: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
Tempat kegemaran: Club Med, Cherating
Idola: Tun Dr Mahathir
Tabiat buruk: Terlalu banyak berfikir
Gelaran: Juara Dewi Remaja 2006


Rihanna Berdiam Diri

Selepas Pulang


Rihanna Berdiam Diri Selepas Pulang
Rihanna semakin pulih dan kini berada di bawah pengawasan radar. E! News difahamkan penyanyi R&B sensasi itu telah meninggalkan negara kelahirannya, Barbados selepas menghabiskan masa berehat dengan keluarganya dan rakan-rakan selepas insiden 8 Februari lalu.


Dalam kejadian itu, Rihanna cedera teruk dan dimasukkan ke hospital manakala Chris Brown pula disisat oleh pihak berkuasa.


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, keluarga Rihanna telah membawa dia pulang ke Barbados, awal minggu lepas. Hujung minggu lepas, ayah Rihanna, Ronald Fenty, memberitahu wartawan People bahawa dia telah meihat kesan-kesan
kecederaan anak perempuannya itu,
pada 12 Februari lalu.

Sekarang, satu sumber pula berkata kepada E! News: "Dia bukan berada di Barbados."

Rihanna yang membatalkan 2 persembahannya di Asia minggu lepas, buat masa ini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membuat kemunculan di khalayak umum.

Wakilnya, tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen. Jurucakap Chris Brown pula berkata, Rihanna tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan maaf teman lelakinya itu yang disiarkan minggu lalu.

Nicole Richie, Joel

Umumkan Anak Kedua


Nicole Richie, Joel Umumkan Anak Kedua
Nampaknya makin sibuklah pasangan Nicole Richie dan Joel Madden kerana dalam ligat membesarkan anak perempuan yang baru berusia setahun jagung, anak kedua mereka bakal menyusul tidak lama lagi.


Dalam satu blog band muziknya, artis yang terkenal dengan Good Charlotte itu menulis: "Apakah yang lebih baik daripada menang sebuah Oscar? Saya sangat gembira untuk memberitahu semua bahawa Harlow akan menjadi seorang kakak!


"Tuhan benar-benar merahmati keluarga saya. Harap-harap anda semua sedang berbahagia seperti mana saya sekarang."

Pasangan merpati itu menimang anak pertama mereka Harlow pada 11 Januari 2008. Nicole, 27,
dan Joel, 29, telah bersama sejak Disember 2006.