Thursday, February 26, 2009

Rihanna Berdiam Diri

Selepas Pulang


Rihanna Berdiam Diri Selepas Pulang
Rihanna semakin pulih dan kini berada di bawah pengawasan radar. E! News difahamkan penyanyi R&B sensasi itu telah meninggalkan negara kelahirannya, Barbados selepas menghabiskan masa berehat dengan keluarganya dan rakan-rakan selepas insiden 8 Februari lalu.


Dalam kejadian itu, Rihanna cedera teruk dan dimasukkan ke hospital manakala Chris Brown pula disisat oleh pihak berkuasa.


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, keluarga Rihanna telah membawa dia pulang ke Barbados, awal minggu lepas. Hujung minggu lepas, ayah Rihanna, Ronald Fenty, memberitahu wartawan People bahawa dia telah meihat kesan-kesan
kecederaan anak perempuannya itu,
pada 12 Februari lalu.

Sekarang, satu sumber pula berkata kepada E! News: "Dia bukan berada di Barbados."

Rihanna yang membatalkan 2 persembahannya di Asia minggu lepas, buat masa ini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membuat kemunculan di khalayak umum.

Wakilnya, tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen. Jurucakap Chris Brown pula berkata, Rihanna tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan maaf teman lelakinya itu yang disiarkan minggu lalu.

Nicole Richie, Joel

Umumkan Anak Kedua


Nicole Richie, Joel Umumkan Anak Kedua
Nampaknya makin sibuklah pasangan Nicole Richie dan Joel Madden kerana dalam ligat membesarkan anak perempuan yang baru berusia setahun jagung, anak kedua mereka bakal menyusul tidak lama lagi.


Dalam satu blog band muziknya, artis yang terkenal dengan Good Charlotte itu menulis: "Apakah yang lebih baik daripada menang sebuah Oscar? Saya sangat gembira untuk memberitahu semua bahawa Harlow akan menjadi seorang kakak!


"Tuhan benar-benar merahmati keluarga saya. Harap-harap anda semua sedang berbahagia seperti mana saya sekarang."

Pasangan merpati itu menimang anak pertama mereka Harlow pada 11 Januari 2008. Nicole, 27,
dan Joel, 29, telah bersama sejak Disember 2006.

No comments:

Post a Comment